Saturday 19 December 2015

Berkat.
Susah untuk dapatkan keberkatan kalau hati sudah buta.Lagi-lagi bila mata sudah dikaburi dengan matawang dan kesenangan.Maka dari situ bermulalah titik hitam .Ada yang menipu untuk kait untung banyak,ada yang tipu untuk dapatkan harga murah lalu menjual kepada orang lain dengan harga mahal (baca:tidak masuk akal).Semuanya bermula apabila hati buta dan tidak mahu lagi tunduk pada Tuhan.

Sepintas lalu,melihatkan ekonomi negara ini yang semakin merudum,dengan kos kehidupan yang sangat tinggi.Semakin lama semakin menyesakkan dada,akal fikiran jadi buntu.Jalan halal dan haram mula kabur dipenglihatan.Maka langkah yang tidak pasti (baca:pejam mata) mula diambil.Semakin lama manusia semakin jauh dengan Tuhan,kerana tiadanya sinar Iman dan mula pudar.

Heavy breath.

Aku tahu bukan mudah untuk mencapai segala kebaikan,tapi tak ke kita kena buat sesuatu?.Betapa Tuhan mahu menguji hamba-hambaNya samada mereka mahu mengikut dan tunduk atau berpaling lantas semakin menjauh.Dude,we have the choice to choose. Maka,choose wisely.Bukan mudah untuk menggapai syurga dan amatlah mudah untuk terjerumus dalam neraka,jika kita tidak berhati-hati.


Heavy breath sekali lagi.

Ramai orang masih tak faham konsep berkat ini sebenarnya.Konsep berkat ini sangatlah penting dalam hidup seorang hamba Tuhan.Sebab berkat inilah,hidupnya selamat dunia dan akhirat.Mari aku berikan sedikit contoh perkara yang tidak berkat :

Contoh 1.

A : Mat,tolong  punchkan aku.Aku lambat sikit datang ni.
B : Hah,apesal lambat pulak ?
A : Hehe aku nak jalan-jalan kejap dengan awek aku.
B : Ha yelah.


Contoh 2.

A : Tipah,amikkan majalah dekat bawah.Saya nak bacalah.
B :  Majalah?Kan ke kita tengah kerja ni.Nanti bos marah lah.
A : Ala ,aku kawtim dengan bos la.Amik je.


Ini sebenarnya contoh dimana pernah berlaku dalam hidup aku.Maka,sejenak aku berpikiran,benda ni tak dosa ke?.Menipu syif kerja,baca majalah tanpa kebenaran bos.Sedangkan aku juga melakukan kesilapan yang sama.See?.Bukan mudah nak raih berkat.Lagi-lagi bila kau duduk dalam kalangan yang tak mengamalkan kejujuran.

Keputusan untuk aku berhenti bekerja ada banyak sebab.Tapi salah satu nya ,inilah.Aku tak mampu nak kekalkan momentum kebaikan tu.Sebelum aku makin terpesong jauh dan melakukan kesilapan yang lebih besar,maka aku harus angkat kaki.


Cuba fikir sejenak,adakah hidup kita ini berkat?.Adakah kita sedang mengamalkan kejujuran dan meraih keberkatan?.Seriously, this is not a small issue.Sebab berkat ini memberi impak kepada kehidupan seharian.Dari segi harta benda mahupun makanan. Makanan yang kita makan,masuk kedalam tubuh kita.Lalu menjadi daging.Adakah kita mahu terus menerus menipu dan melakukan kerosakan yang akhirnya memakan diri sendiri?.



Saja aku petik isu berkat,sebab rasanya aku harus berkongsi pendapat ini.
Jom,mula cari titik keberkatan itu.Berlaku jujurlah dan tidak menzalimi diri sendiri.Kay?
















No comments:

Post a Comment