Saturday 19 March 2016

kahwin.nikah gantung.kahwin lari.kahwin duduk.

Tajuk pasal kahwin.
Tapi aku bukan nak bagi tips "10 persediaan para raja sehari" atau 'tips bajet hantaran murah".
Aku bukan perancang majlis perkahwinan,lol.

Tapi aku nak sentuh bab 'budaya"
Aku jemu dengan sikap segelintir kaum aku sendiri.


"Berapa hantarannya?".
"Bakal suami kerja apa?"

Telinga aku tutupkan,mata aku butakan.
Sebab soalan bodoh remeh ini menyusahkan.
Mengharukan dan membinasakan perasaan seseorang.

Aku sebagai insan yang tak bekerja,apatah lagi mendapat tempat dalam jurusan yang aku ambil sewaktu di kolej,sangat perit nak menjawab soalan-soalan membunuh kalian.

Cukup kalau aku cakap,
perkahwinan memang semua manusia idamkan.
Tapi setiap yang diidamkan bukan menepati imaginasi dalam kepala otakmu.
Ia cuma imaginasi yang mungkin "unaffordable atau affordable" untuk sesetengah manusia.

"Wedding of the year"
"Wedding tema garden"
Wedding tema Royal British"

Kemon.Kahwin bukan untuk menyedapkan mata orang atau menutup mulut orang yang bisanya lebih hebat dari ular senduk spisis suka patuk orang.

Tapi kahwin sebab ikut tuntutan sunah nabi,junjungan mulia.Muhammad S.A.W
Kahwin kerana Allah.

Aku bukan Hitler.
Dan aku juga bukan pemuja bangsa.

Tapi aku nak betulkan mindset kepala hotak orang Melayu.
Nak terima atau tak,terserah.

Kahwin lah jika sudah sampai masa.
Bersederhanalah.

Kau paham maksud sederhana?
Kalau paham,maka jangan ditanya kenapa sesetengahnya memilih untuk nikah dan jamuan makan saja.
Syukurlah diberi rezeki untuk makan,tapi hinanya Tuhan dah bagi makan,boleh lagi kau kondem.
Diam-diam sudah.Makan,salam dengan pihak yang dijemput dan doakan yang terbaik.
Mudah kan?

Ubahlah.Demi kemaslahatan insan-insan di dunia ini.





No comments:

Post a Comment